Kelab Doktor Muda SKDAZ

Kelab Doktor Muda SK Datuk Akhir Zaman telah ditubuhkan pada tahun 2007 . Sepanjang tempoh tersebut terdapat beberapa pencapaian yang telah dimenangi oleh ahli Doktor Muda SK Datuk Akhir Zaman. Antaranya Pertandingan Menulis Esei  sehingga  melayakkan diri ke peringkat kebangsaan iaitu pada tahun 2007. Selain itu , kelab ini juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai mana- mana pertandingan yang diadakan ketika konvensyen berlangsung seperti pertandingan sketsa dan pameran yang telah diadakan sebelum ini. Berikut merupakan pengurusan dan aktiviti yang telah dijalankan okleh guru – guru  penasihat dan ahli doktor muda  bagi tahun 2011.Segala aktiviti doktor muda telah dijalankan sepanjang waktu ko- kurikulum dan juga pada beberapa tarikh yang tertentu melibatkan warga sekolah dan ahli komuniti. 

Misi  

Memastikan murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan serta murid dapat belajar menghargai kesihatan.

Matlamat 

Dapat memupuk sikap kepimpinan dan keyakinan dikalangan Doktor Muda serta mengamalkan kemahiran berkomunikasi disamping dapat meningkatkan imej kesihatan yang positif bagi sekolah. 

Perancangan Tahunan Aktiviti Kelab Doktor Muda SKDAZ

  • Menyampaikan maklumat kesihatan kepada rakan sebaya.
  •  Membimbing ke arah cara hidup sihat. 
  • Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat. 
  • Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah.
  • Pemberitahuan kejadian penyakit / masalah   kesihatan. 
  • Merawat kecederaan ringan. 
  • Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan.