Konvensyen Doktor Muda Peringkat Negeri 2011 ( DAY 1 )

Hari pertama di Akademi pembangunan Belia sangat mengujakan.. Kami sampai jam 2.00 petang dan antara orang terawal yang sampai. Selepas pendaftaran, 3 orang murid yang mewakili sekolah ke Konvensyen tahun ini terus ditempatkan di asrama yang disediakan..



Di bilk stor.. Menunggu giliran mengambil bantal, cadar dan selimut. Semua petugas terdiri daripada kakitangan Kesihatan..

Sesi petang selepas taklimat ringkas. Peserta dibekalkan dengan goodie bag yang berisi kemeja T konvensyen, botol air, buku program dan beberapa barang lagi. Cikgu je yang tak dapat. Huhuhu.. Takpelah cikgu.. Tahun depan jadilah pengiring pula untuk merasai keseronokan di sini...

Konvensyen Doktor Muda Peringkat Negeri 2011

Kelab Doktor Muda sekolah kami akan menyertai

KONVENSYEN DOKTOR MUDA
PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
2011

Konvensyen akan diadakan di Akademi Pembanguan Insan, Pasir panjang, Port Dickson dari 11 hingga 13 Mei 2011 ( Rabu hingga Jumaat )

Diharapkan kami dapat menimba sebanyak mungkin ilmu sepanjang tiga hari berkampung di sana nanti..

Sapa Dapat Jawap ???

Wah pandainya ahli-ahli Doktor Muda memberi nasihat dan panduan tentang kesihatan. Bila dewasa nanti boleh la jadi Doktor yang bertauliah ya..
Aktiviti seperti ini selalu dijalankan. Ia bertujuan melatih murid berani di hadapan khalayak ramai serta melatih teknik lisan mereka.
Kadang kala guru penasihat yang memberi banyak tips-tips kesihatan..
Tidak mengapalah.. Janji input yang diberi dapat dijadikan panduan untuk semua...

Bebas Denggi, Hidup Sejahtera...


Pada perjumpaan kali ini, 24 Mac 2011,  Doktor Muda telah di bawa melawat persekitaran  sekolah bagi menjejaki kawasan pembiakan nyamuk. Antaranya pemeriksaan dilakukan terhadap alas pasu bunga,longkang, tandas , tempat semaian, kawasan pelupusan sampah dan lopak air.Murid-murid  juga telah diedarkan beberapa poster mengenai langkah pencegahan Demam Denggi.
Selain itu, mereka juga telah mencatat nota dan maklumat yang berkaitan dengan nyamuk Aedes dan Demam Denggi.Paparan video juga telah ditayangkan bagi mengukuhkan pemahaman mereka terhadap aktiviti bebas denggi.

Pertolongan Cemas

Aktiviti pertolongan cemas telah diadakan pada 10 Mac 2011. Objektif program ini adalah untuk membekalkan murid dengan pengetahuan asas pertolongan cemas. Disamping itu, murid juga ditekankan betapa pentingnya mengetahui asas-asas pertolongan cemas...

 Demonstrasi mengubat luka kecil
Demonstrasi cara-cara memakai anduh

Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini, dapat menyiapkan diri murid-murid jika berlaku sebarang kemalangan kecil yang tidak diduga...

MALANG TIDAK BERBAU...
KEMALANGAN BERLAKU DI MANA-MANA..
KITA HANYA MERANCANG...
TUHAN YANG MENENTUKAN SEGALANYA...

7 Langkah Mencuci Tangan...

Perjumpaan 3 Mac 2011..
Ahli-ahli Doktor Muda telah menjalankan aktiviti mencuci tangan. Murid-murid diingatkan dengan 7 langkah mencuci tangan dengan betul dibantu oleh carta bergambar yang dibekalkan..

Wah.. seronoknya main sabun. Wangi pulak tu sabunnya... Setiap orang tidak melepaskan peluang mencuci tangan masing-masing dengan langkah yang betul...
7 Langkah Cucian Tangan Yang Betul... 
  1. Basuh tangan dan ratakan sabun dengan sempurna
  2. Gosok kedua-dua tapak tangan.
  3. Gosok setiap jari dan celah jari.
  4. Gosok kuku di tapak tangan.
  5. Gosok belakang tangan dan celah jari.
  6. Basuh tangan dengan air bersih secukupnya.
  7. Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu.

Pemeriksaan Mata





Program pemeriksaan mata murid-murid memang dijalankan setiap tahun oleh guru-guru kelas untuk diisi dalam rekod kesihatan.
Melalui program Doktor Muda, murid-murid berpeluang merasai sendiri bagaimana langkah-langkah pemeriksaan mata.
Murid diajar bagaimana menguji jarak penglihatan rakan-rakan mereka menggunakan ' Carta Snellen' dan dicatatkan keputusannya...

Penghasilan Buku Skrap




Telah dijalankan pada perjumpaan 17 Februari 2011..
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membimbing murid-murid menghasilkan ' scrapt book ' bertemakan kesihatan. Ia meliputu makanan sihat, aktiviti-aktiviti kesihatan dan sebagainya yang berkaitan gaya hidup sihat..

Ukur Timbang Dan Berat

Aktiviti doktor muda pada minggu ini  ialah ahli doktor muda telah didedahkan dengan cara mengukur tinggi dan berat. Mereka di ajar mengukur tinggi yang betul serta cara memastikan alat penimbang berada dalam keadaan baik. Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan untuk mengukur tinggi dan menimbang berat rakan .Seterusnya, mereka diminta untuk mengira BMI  dan menyalin nota yang berkaitan. Dijalankan pada perjumpaan 10 Februari dengan bimbingan guru-guru penasihat...

Program Penjagaan Gigi Pra sekolah

Objektif program ini diadakan untuk mendidik murid-murid pra menjaga kebersihan gigi sejak awal... Telah dijalankan pada 13 Januari 2011. Dengan bimbingan Puan Norfaraliza yang merupakan salah seorang guru penasihat Kelab Doktor Muda

Pemilihan AJK sesi 2011 Kelab Doktor Muda


Pemilihan AJK baru sesi 2011 telah dijalankan pada 6 Januari 2011. Perjumpaan pertama ini telah diadakan di Bilik Kesihatan pada waktu ko-kurikulum bermula jam 7.45 pagi..
Senarai AJK baru bagi sesi 2011 adalah seperti berikut...

Pengerusi
Mohd Hadi b Darus

Naib Pengerusi
Nurul Izzah bt Ramlan

Bendahari
Mohd Iqmal Hakim b Yusri

AJK
Muhammad Najmi Saharuddin ( Tahun 3 )
Nur Hidayah Natasha Amran ( Tahun 4 )
Khairil Idham b Sinar Mashuri  ( Tahun 5 )

Tahniah kepada AJK baru sesi 2011. Diharapkan dapat menjalankan tugas dengan baik di bawah bimbingan guru-guru yang berpengalaman.

AJK Guru Kelab Doktor Muda SKDAZ